Pengangkutan Bandar raya Kuching

Taraf jalan raya di dalam bandar adalah agak baik, walaupun terdapat kesesakan lalu lintas pada waktu sibuk, khususnya pada setiap pagi Sabtu. Oleh sebab Kuching terletak berhampiran dengan khatulistiwa, banyak lubang akan ditemukan di jalan raya semasa musim monsun (biasanya pada akhir tahun yang berbetulan dengan musim sejuk di hemisfera utara). Keadaan jalan raya dari luar bandar menuju ke Kuching adalah lebih teruk tetapi telah diperbaiki dari semasa ke semasa, walaupun jalan raya tempat-tempat peranginan utama (umpamanya, jalan raya yang menuju ke Damai) adalah agak baik.

Pengangkutan melalui teksi adalah berpatutan dan kelihatannya, terdapat banyak teksi di tempat-tempat pelancongan yang popular. Berhati-hatilah tentang teksi tanpa meter. Pengangkutan udara dilayani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang berdekatan dan yang kini diluaskan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada waktu malam

Kuching juga dilayani oleh dua buah syarikat bas utama, iaitu Syarikat Motor Chin Liang Long (warna biru) serta Syarikat Pengangkutan Sarawak (warna hijau), antara lain. Tambang bas adalah rendah. Laluan-laluan bas tidak didokumenkan dengan baik, dan perhentian-perhentiannya tidak mempunyai nama.

Isyarat jalan ditulis dalam kedua-dua bahasa Melayu (dengan menggunakan skrip Latin) serta bahasa Cina. Kuching juga dikenali untuk banyak bulatan jalan raya. Bulatan-bulatan ini adalah cekap untuk menangani lalu lintas yang sederhana. Bagaimanapun, dengan lalu lintas semakin meningkat di Kuching disebabkan oleh kereta-kereta buatan Malaysia yang lebih murah serta mudahnya mendapat pinjaman kereta, banyak bulatan telah digantikan dengan lampu isyarat serta laluan atas dan jalan bawah.

Rujukan

WikiPedia: Bandar raya Kuching http://maps.google.com/?ie=UTF8&ll=1.5544,110.3546... http://www.multimap.com/map/browse.cgi?lat=1.5544&... http://www.sarawaktourism.com/damai.html http://www.terraserver.com/imagery/image_gx.asp?cp... http://www.theborneopost.com/2011/08/02/ex-cop-swo... http://www.theborneopost.com/2012/04/12/chinese-po... http://www.world-gazetteer.com/wg.php?x=&men=gcis&... http://www.worldclimate.com/cgi-bin/data.pl?ref=N0... http://album.club-internet.fr/album/disp_serie.pht... http://archive.is/8eY6